ApaViral!!

Cerita viral yang korang tak tahu..

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 28 February 2017

[VIDEO] Cikgu Ni SEPAK dan TERAJANG , Ingat Murid Tu BINATANG Ke??

Cikgu Kurang Ajar  Sepak Terajang Pelajar 


Jitra: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung kes pelajar sebuah pusat latihan perindustrian di daerah ini yang didakwa dikasari tenaga pengajar seperti tular di Facebook (FB).

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, setakat ini tiada pihak tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan diambil.
Beliau berkata, sekiranya ada laporan dibuat, polis akan mengambil keterangan daripada mereka yang terbabit tetapi setakat ini tiada yang tampil berbuat demikian.


"Apa yang kami tahu cara dia (tenaga pengajar) agak kasar namun kejadian itu mungkin tidak membabitkan kecederaan. Bagaimanapun polis boleh ambil tindakan terhadapnya bergantung pada siasatan sekiranya laporan dibuat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Video yang berdurasi satu minit itu tular sejak semalam menunjukkan seorang pelajar ditendang dan dikasari tenaga pengajar ketika sedang mengisi gas ke dalam kompresor pendingin hawa.

Tindakan tenaga pengajar yang menjerit memanggil pelajar itu ‘bodoh’ sambil menendang badannya menimbulkan kemarahan netizen.


Sementara itu, jurucakap pusat latihan perindustrian itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Sumber : HarianMetro






Perkongsian dari Muhammad Azhan telah menjadi viral kerana kebiadapan seorang guru lelaki yang sedang mengajar anak muridnya. Muhammad Azhan juga menyatakan kekesalannya di laman sosial facebook seperti berikut;
Netizen Marah Kejadian Guru Sepak Terajang Pelajar


Difahamkan, lokasi kejadian adalah di utara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Kedah, namun belum ada kesahihan. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera terhadap guru ini.


Tags : #GuruBiadapPukulDanSepakPelajarKetikaSedangMengajar #GuruTendangSepakDanPukul Kepala Pelajar
#CikguILP #ILP #GuruILP


No comments:

Post a Comment