Semak kemaskini skim permohonan Bantuan STR 2023: Login Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Semakan Status rakyat Malaysia Fasa 3 lhdn hasil.
Sumbangan Tunai Rahmah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sumbangan ini sebagai bantuan tunai B40 yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bantuan ini dahulunya dikenali dengan BRIM, BSH, BPN, BPR, BKM dan kini dijenamakan semula. LHDn bantuan rahmah 2023 ini berkonsepkan pendekatan rahmah bertujuan membela nasib rakyat Malaysia yang rentan dan mudah terjejas. Konsep “Payung Rahmah” ini adalah merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang kurang berkemampuan.
Cara Kemaskini Bantuan Rahmah 2023
Maklumat bagi penerima skim bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah seperti maklumat yang direkodkan di dalam sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Pengemaskinian maklumat boleh dibuat jika terdapat terdapat kesalahan pada maklumat sedia ada.
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat update dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah 2023;
- Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Masukkan nombor kad pengenalan penerima bantuan.
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Kemudian, klik pada butang “Semak”.
- Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan yang sah.
- Seterusnya, klik pada butang “Log Masuk”.
- Klik pada bahagian “Kemaskini”. Walaubagaimanapun, hanya kemaskini kata laluan hanya dibenarkan untuk masa sekarang. Pengemaskinian maklumat lain tidak dibenarkan sehingga diberitahu kemudian.
- Akhir sekali, setelah kemaskini maklumat dibuat, pengguna perlu klik “Hantar” dan maklumat tersebut berjaya dikemaskini.
Rakyat Malaysia yang membuat permohonan bantuan kerajaan boleh membuat semakan sama ada mereka tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah atau tidak.
Semakan ini boleh dibuat secara atas talian tanpa perlu ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mana-mana institusi bank.
Berikut merupakan cara cara untuk membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah. Pastikan anda melepasi kelayakan sumbangan tunai rahmah 2023 yang ditetapkan;
- Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
- Masukkan nombor kad pengenalan penerima.
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Kemudian, klik pada butang “Semak bantuan rahmah”.
- Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan yang sah.
- Seterusnya, klik pada butang “Log Masuk”.
- Klik pada bahagian “Semakan” seperti pada Rajah di bawah ini.
- Akhir sekali, keputusan permohonan bantuan hasil tunai akan dipaparkan sama ada lulus atau gagal bagi rujukan pengguna.
Cara Buat Rayuan
Bagi individu yang gagal dalam permohonan, rayuan boleh dibuat.
Namun, permohonan rayuan masih lagi belum dibuka kepada masyarakat umum.
Permohonan rayuan akan dibuka dan diumumkan kepada rakyat dalam masa terdekat.
Rayuan tersebut boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
No comments:
Post a Comment