Kereta Kena Clamp |
Nampaknya, peraturan tempat memarkirkan kenderaan makin celaru dan memeningkan masyarakat negara ini.
Mana taknya, ada pihak mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) galak menyaman kenderaan walaupun ia diparkirkan di kawasan yang tidak menganggu lalu lintas.
Melalui ruangan Facebook, satu rakaman video menunjukkan dua penguatkuasa DBKL sibuk menjalankan tugas mereka menyaman motosikal yang diletakkan di bawah sebuah kawasan perumahan bertingkat. Dah kenapa pulak?
Menurut informasi dari entri sama, kejadian tersebut berlaku di Setapak, Kuala Lumpur.
Kalau dilihat melalui mata kasar, kenderaan-kenderaan ringan itu tidak melakukan sebarang gangguan mahupun merisikokan keselamatan lalu lintas kerana ia diletakkan di tepi koridor.
Teringin juga nak tahu, apa yang menjadi punca pihak berkuasa menyaman kesemua motosikal itu, kan?
Lelaki Tidak Puas Hati Disaman dalam Kawasan Flat |
Melalui video sama, kelihatan seorang lelaki cuba mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tindakan DBKL itu, malah dia juga cuba membela pemilik kenderaan lain yang menggunakan ruang sama untuk meletakkan motosikal mereka.
Namun tak dapat dipastikan apa yang dibualkan individu itu dan pihak DBKL kerana rakaman amatur tersebut kurang jelas dari segi audio.
Apa-apapun, andai ia menjadi satu kesalahan, tak tahulah dekat mana lagi tempat yang sesuai untuk memarkirkan kesemua kenderaan itu.
Diharapkan, ada pihak yang membuka mata dengan isu ini kerana mangsa utama sudah tentulah masyarakat berpendapatan rendah yang bergantung kepada gaji untuk menampung kehidupan seharian. Kasihan mereka…
Nampaknya, lepas ni masing-masing kena heret motosikal naik dan parking dalam rumah lah!
– MYNEWSHUB.CC