ApaViral!!

Cerita viral yang korang tak tahu..

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 21 March 2017

MAKAN Tak BAYAR ,Kena PUKUL Depan Orang Ramai


#MAKAN Tak Bayar

Manjung : Pemilik kedai makan di medan selera Taman Samudera di sini, sudah membuat laporan polis berhubung video yang tular sejak semalam, memaparkan seorang lelaki dipukul tiga lelaki kerana didakwa tidak membayar makanan di premis berkenaan.
Difahamkan laporan di buat di Balai Polis Manjung pada 11 malam tadi, selepas rakaman video berkenaan tular di media sosial.





Pemilik kedai makan berkenaan yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan kejadian berkenaan berlaku di premisnya kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
Sehubungan itu, menurutnya, laporan polis dibuat bagi mengelak fitnah.
Video 41 saat itu memaparkan seorang lelaki dipukul tiga individu dengan seorang daripada mereka memukul mangsa dengan kayu.
Lelaki itu didakwa tidak membayar makanan yang dimakan dan dibungkus di kedai berkenaan sejak hampir dua bulan lalu.
Difahamkan, ketika kejadian, adik perempuan pemilik kedai itu bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia sudah membayar hutang yang sebelum ini namun lelaki itu dikatakan mangsa memarahi wanita itu sebelum tiga lelaki masuk campur, termasuk memukul.
Video itu mendapat kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai melampau.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : HarianMetro

Tags : #MakanTakBayar #Gaduh #MelayuGaduh #KenaPukulMakanTakBayar